Saturday, November 23, 2013

Kantoi Day



Assalamualaikum
Bila masuk je kat blog ni korang memang tak kan lari dari topik diet. haa dah kate pun tuan blog ni kategori sihat2 gitu kan hehe. semua orang tengah busy buat PTA1 tp aku tengah busy layan blog. yela aku ni kan kawan ngan senior so aku pun turut stress la tengok diorang stress buat PTA masing2. turn aku untuk m'stress kan diri next sem. tapi sebenarnya aku lg stress tengok tumbesaran badan aku yang tak terkawal ni. hoiii tolong la aku. pegi mintak tolong kat org pun tak gune kalau diri sendiri tak berusaha. ingat tu pesan moyang2 kita dulu. hari ni aku rase hari kantoi aku. kantoi dari segi tak jaga makan ok. aku ni kan follow diet atkins so ade benda aku boleh makan, ada benda aku tak boleh makan.


Nak jadikan cerita tadi aku ade kelas ganti Econometrik. memang aku tak jangka ade kelas di pagi sabtu yang mulia penuh barakah ni kau tau. kelas pukul 9.30 pg jadinya aku ni tak sempat la nak breakfast sebab bangun lambat kihkihkih. habis je kelas budak2 ni ajak makan kat kiosk bawah CAIS. CAIS refer tu library (besaq giler hokeh library unimas ni). aku ni kalau dah jumpe makanan memang rambang mata. terus aku beli cendol pure sarawak. masih kawal nafsu lagi. then kawan aku makan nasi lemak tapi die tak habis. dipelawanya aku. bagai orang mengantuk disorong kan bantal. aku pun makan la sambal dan telur je. nasi tu aku kuis2 je. masih kawal nafsu lagi. 


Perut ni mcm dah penuh je. tapi aku mcm tercekik pulak makan sambal tu jadinya aku pun beli la setin air revive. eh panjang pulak ceritanya haha. kau nak tau CAIS ni tak boleh bawak makanan tapi sejuk die boleh buat kau nak pegi toilet setiap setengah jam. jadinya aku pun beli la sebungkus kerepek untuk diseludup masuk dalam CAIS. tapi sekarang ni aku rase bersalah sangat dengan diri aku sebab aku makan carb lebih dari 20g. mcm mana aku nak dapat berat aku yang dulu balik kalau aku tak disiplin. haihh laa mcm harapan jela. 

Monday, October 28, 2013

Kuatkan Semangat Kau



Assalamualaikum
Rindu sangat nak berblog nak share macam2 cerita dalam ni tapi malas sangat nak menaip sebab tu blog ni lama gile tak berupdate. Sejak akhir2 ni diri aku macam hilang semangat nak buat ape2 semue takde semangat. Rase mcm nak je mintak air penawar kat mana2 ustaz. sekarang ni aku cuba kumpul kan semangat2 aku yang dah lame hilang tu supaya blog ni jadi meriah mcm dulu2 hehe. aku nak ngadu kat korang sume ni yang aku dah penat, letih, give up jadi diri aku yg skrg. cerita die mcm ni, korang tau kan yang aku ni nak kurus dari dulu lg tp masih gemuk tak turun2 berat pun sampai skang haa. aku mcm salah kan diri aku kenape aku tak mampu buang separuh lemak dalam badan aku ni dalam dustbin ke laut ke. haaiihh korang paham dak ape aku cube sampai kan ni ? jadi nya aku malu nak buat sume aktiviti2 yang melibatkan ramai orang sebab aku akak rase down giler babeng. (cop2 tibe2 aku rase seram pulak la sebab aku ni tido blk single la ni da pkol 1:38 am ) maklum ler aku ni pengecut tahap dewa 


aku jeles tengok kwn2 aku sume dok bergaye cantik2 jalan sini sana ngan "teman istimewa" kate nye lah. haiihhh aku pon nak jugak ade "teman istimewa" ni. kawan2 aku sume cakap ade la tu jodoh kau nanti. diorg bg nasihat lg orang skrg tak pandang rupe kalau ade jodoh nanti mesti dia terima segala kekurangan kite. tapiii masalahnya aku nak jugak cantik2 mcm diorg jd salah ke aku nak kurus. memang la tak salah nak kurus tapi aku ni malas nak kawal diet (eh tanya orang pastu jawap sendiri ). hahahaha okey saya gelak tapi menangis. warghhh takde sape yang boleh bantu aku melainkan diri aku sendiri. woii farain kau nak gemuk selamanye kee ? sedarlah sikit berat kau tu da capai 9 series. ok kalau mcm tu aku nak janji pada diri aku sendiri mulai esok 28/10/13 aku nak mulakan diet atkins semule. dulu aku pena je diet tp sebab kan semangat aku mudah patah mcm polistrin maka aku GAGAL !


malam ni aku cuma mengharapkan yg aku akan kuat sepanjang tempoh aku berdiet. ni lagi 1 aku nak share. selalu kalau aku tengah berdiet mood aku mcm x stabil. aku tak tau la kenape jadinya. lepas ni aku nak buat jadual pemakanan dan jadual harian supaya aku tau bila masa nak kene makan bila masa nak bersenam bila masa nak study kalau tak keje aku dok bukak fb, instagram, makan junk food, baring2 atas tilam dan tidur. ini serious aku tak tipu. macam bukan student kan aku ni. kadang2 nak bukak buku tu ya rabbi pemalas yang amat. nak baca buku apatah lagi. okei skrg tiba2 je aku ade semangat nak mule kan new life style. doakan aku :)



Wednesday, July 10, 2013

4 Peringkat diet atkins



1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance


Seperti yang kita semua tahu diet atkins ni ada 4 peringkat. Induction adalah peringkat terpenting dalam diet atkins. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan. Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan. Jangan lebih daripada 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.


Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.


Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.


Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


Sumber Serihati

Halam Haram Atkins Fasa Induction



Semasa induction wajib elakkan ( haram atkins )


1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Apa yang boleh makan waktu induction ? ( halal atkins )


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Apa itu ketosis ?



Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku. Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam. Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.


Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.


Mengapa ia terjadi ? Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang. Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi.


Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Profesor aku sewaktu dulu pernah bergurau. Katanya: ''Ahli sukan sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.'' Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira.


Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural. Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku, sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.


MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?


Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setiap hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg.JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak pulak untuk dijadikan tenaga.Mcm mana pun dia kena gak membakar kan. Aiiiisssh..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!


Apa itu diet atkins ?



Diet atkins agak popular juga di Malaysia. Diet Atkins secara amnya adalah diet pemakanan yang melebihkan sumber protein daripada karbohidrat. Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution pada tahun 1972 dan Dr Atkin’s New Diet Revolution.


Diet Atkins tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin. Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis.


Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glukagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan merangsang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama memberi asetil-CoA masuk ke kitar kreb.


Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkins berkerja. Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat.


Friday, June 28, 2013

Gemuk Tak Sudah



Gemuk
Memang dari dulu lagi
Tak pernah jauh dari diri
Kadang menyeksa diri
Apa kesudahan nanti


Gemuk
Istilah yang dibenci
Membelenggu diri ini
Puas ku halau pergi
Tapi kau datang lagi


Gemuk
Ah aku bosan 
Benci yang teramat
Pergi la kau menjauh
Jangan dekat lagi